Monday 3 September 2012

Mr unexpected

Assalamualaikum

tengah boring kat FB tadi, boleh pulak aku p bukak chat history dengan dia. Rasa mcm best je bila baca balik. lawak pun ada. sejak aku kenal dia, dah mcm-mcm nama samaran kami guna. sebelum lain, semasa lain, selepas pun lain. 

Part paling best baca bila time-time ada konflik. Waahhh! Hahaha. Ayat masing-masing kalah drama rashid sibir. ceiittt! Lawak bila teringat aku penah ada dalam keadaan macam tu dulu. Hahaha. Totally not me!
Well, hidup ni kadang-kadang kena belakon jugak! 

Sebenarnya, best kawan dengan dia ni. Super duper masuk ayaq! Lagi layan lagi gila. Kiranya, masa mula-mula dulu, xpernah kenal erti bosan la. Sampai satu tahap, dia buat perangai, sampai aku boleh kenal dengan seorang makhluk Allah ni. Betullah setiap yang berlaku ada hikmah. Tak pasal-pasal tambah fren list aku kat FB. muahaha.

Cara tamat pun cool gila! sungguh cool. sampai blurrr, kenapa perlu tamatkan ? 
Tapi yang sakitnya, bila 2 3 hari lepas tu. Amik kauuu.. Ketagih nak picit henset, nak chatting, nak kol org.
tapi, apa boleh buat, life must go on. muehehe.

Sebab life must go on tu lah, aku dah xnak patah balik. 
Biar lahh kat dia....


Dan mungkin 2 tahun akan datang sesuatu yang UNEXPECTED akan muncul  :)


No comments:

Post a Comment