Friday 30 November 2012

PERKOM TO-BE

Assalamualaikum

Mula-mula tak rasa aku boleh buat benda ni.
Nak suruh pelatih yang tengah praktikal
utk turun berlatih kawad setiap malam.
Memang tak masuk akal.

Tapi, entah dari mana datang semangat nak jugak pelatih nursing masuk
Kesian budak2 tu.
Walaupun tak start latihan lagi. tapi penat praktikal ni pun dah buat semua org lembik
Macam mana nak turun kawad.

Pertandingan tu pulak lagi seminggu.
Latihan langsung tak mula lagi.
Kompeni lain dah nak dekat 10 kali laithan dah.
Kawad pun dah mantap macam komander.

Latihan akan mula esok.
Harap2 semangat budak2 tu kuat.
Aku pulak yang dah tak semangat.
Penat balik praktikal.

Semoga kekalutan praktikal dengan latihan kawad ni 
tak buat aku stress.
Apa nak jadi pun,
LANTAK LAAAAAA!
Assalamualaikum

Currently in their room.
Mereka bercerita pasal ayah.

:)

Wednesday 28 November 2012

I WONDER

Assalamualaikum

Supposedly, the one who bring you closer to Allah 
is the greatest blessing of all.

Persoalannya, ikhlas ke kita nak dekatkan diri dengan tuhan sebab manusia?
Betul ke nawaitu kita bila buat ibadat ?

Tapi, kalau ke arah kebaikan, aku rasa takda yang tak betul.
Mungkin itu jalan yang Allah buka supaya kita boleh dekat dengan Dia.

*Sendiri tanya, sendiri jawab!*

Monday 26 November 2012

SATISFACTION

Assalamualaikum

Malam ni aku turun lagi.
Walaupun langsung tak berkaitan
Tapi, still nak turun.
Menampung kekuatan yang tak cukup.
Padahal ramai je sebenarnya!

Tapi, at least hilang jugak gian aku nak mengajar kawad!
Walaupun macam hampeh, tapi nak conquer jugak budak2 tu.
Sekali aku yang lebih!
Huhhuhhu
ampun !!

Maaflah, aku memang tengah semangat sangat ni.
Semua benda aku nak join!
Mungkin sebab dah lama tak buat semua benda ni.
Rasa rugi bila tak leh buat.

Mungkin orang fikir aku ni semangat lebih
tapi, sebab diorang takda kat tempat aku
Bila satu masa nnt kita dah tak boleh sesuatu benda tu,
time tulah kita akan craving gila nak buat!
trust me!

Bukan nak tunjuk rajin sangat,
tapi, memang awal2 tu orang mintak tolong
So, volunteer jelah!
Bukan kena bayar duit pun!
tapi, berkorban masa n tenaga sikit laah!
it's okay! boleh jugak gain ilmu.
Daripada aku duduk melepak kat blik on9 je.
Study tak pun!
aduhaaiiiiiiiiiii.

to the saiko
sorry, jarang gila spend time ngn diorang skrg ni.
Tulah masalah aku!
susah nak divide masa!
klu aku fokus benda tu, nak buat benda tu je!
tapi, aku cuba jugak laahhh spend time dgn korg
aceeewwaaaahhh!
terharu tak baca wahai saiko2 sekalian??

Okay! malam ni kena study neuro. Sabtu ni ada test! 
Akhir kata, ikhlaskan diri, baru semua menjadi !
:)



Sunday 25 November 2012

"MIMI TAK BUAT APA PUN"

Assalamualaikum

Bukan nak mengelak,
kalau boleh memang nak terlibat sekali.
bukan taknak buat,
kalau boleh memang nak membantu sehabis boleh.

Tapi, perancangan kita tak semestinya menjadi.
Kita hanya mampu mengatur masa.
Tapi, tak semua boleh ikut.
Sebab tu, ada benda yang tergendala dan terlepas.

Hati dua2 pihak nak kena jaga
Bila yang ni menang, yang ni terpaksa mengalah
Tapi, apa akibatnya, kenalah telan.
Kadang-kadang malas nak memilih.
Sebab belum tentu boleh adil.

Tapi, kita dah pilih jalan hidup macam ni.
Susah payah kenalah harung jugak.
Cuma harap faktor sekeliling dapat memahami.





Wednesday 21 November 2012

LELAKI SOLEH

Assalamualaikum

Kadang-kadang kita selalu berangan-angan
 mahu ditemukan lelaki soleh
supaya kita dapat berpimpinan tangan menuju redha Allah
padahal kita tidak berusaha mendampingkan diri mencari sahabat yang solehah
yang boleh mengingatkan kita waktu solat, 
jom qiamulail, atau mari baca Ma'thurat.

:)
(via matahary)

Tuesday 20 November 2012

HUNGER STRIKES


A few days ago, Adnan Farhan Abdul Latif passed away. He was the 9th Guantanamo Bay Detainee to die. Remember him by his words:

“Hunger Strike Poem”



they are criminals, increasing their crimes.
They are criminals, claiming to be peace-loving.
They are criminals, torturing the hunger strikers.
.
They are artists of torture,
They are artists of pain and fatigue,
They are artists of insults and humiliation.
.
They are faithless - traitors and cowards -
They have surpassed devils with their criminal acts.
.
They do not respect the law,
They do not respect men,
They do not spare the elderly,
They do not spare the baby-toothed child.
.
They leave us in prison for years, uncharged,
Because we are Muslims.
.
Where is the world to save us from torture?
Where is the world to save us from the fire and sadness?
Where is the world to save the hunger strikers?
Because we are content, on the side of justice and right,
Worshipping the Almighty.
.
And our motto on this island is, salaam. (peace)
.
—(Source: thatboyrebel, via lumosnox44)

POYO JAP!

Assalamualaikum

Setiap kali bawak pelatih pegi camping, kami akan suruh pelatih bagi feedback pasal komander-komander pengiring dengan komen pasal kem.

Macam2 budak2 ni komen. Tapi, tak semua boleh pakai. Sebab diorang ni kenal aku 2 hari ja. Maybe apa yang diorang tulis ni just impression luaran. Tapi ada jugak yang betul! yang negatif2 tu semua betul! pandai budak2 ni.....



dis is so TRUE!



KEREK ????

KURANG SENYUM LAGI !!

mmg la jrg terlibat.
dah asyik ddk dapur je.

Sedikit emosi ???

ni memang kelakar!
bila masa pulak aku buat lawak kat kem tu?

macam rabbit ????

i must find who wrote dis !!

Ni laaaagiiii awesome!


Feedback utk kem pulak!

"KOMANDER SEMUA SPORTING"

"KOMANDER2 SUME BAIK"

"KOMANDER BAIK HATI"

Tak kesah laah nak cakap apa pun! yang pasti pegi kem memang best!!!



WHY GAZA ?

Assalamualaikum

Why Israel attack Gaza?
Why must there be war ?

Because Israel afraid of Gaza

They lived by the al-Quran
They lived the life of sahabah
which is why there are fighting the real war now
which is why they are running toward Syahid, and Jannah


-afiq sazlan


Sunday 18 November 2012

CAMPING PART 1 @ RAWANG

Assalamualaikum

Ni dah masuk kali ketiga aku bawak pelatih pegi camping!
Macam biasa, duduk dapur lagi.
Dulu, aku pegang jawatan timbalan pengarah, duduk dapur jgk.
kali ni jadi bendahari memang sah2 la ddk dapur lagi.
Tapi best! tak stress.
Cuma penat yang teramat laaa.
Bayangkan nak masak untuk 120 org.
dah macam kenduri tuh.

Tapi, lack nya, tak leh nk join aktiviti dengan pelatih langsung laa.
Tak leh nak cari experience nak control program!
sekali je aku tak duduk dpur. 
tu pun sebab aku jadi biro aktiviti.
Pergghhh, stress! 

Alhamdulillah laa!
semuanya baik je!
kecuali ada beruk2 y suka curi makanan dekat dapur!
Komander2 yang follow pun okay!
walaupun ramai y junior lagi.
Kira aku, mira ngn aizat je la y senior kat situ!
heehehehe






Jannah ( S/U)

Hani!
partner aku kat dapur!





Breakfast! walaupun pelatih makan kat tepi tu jer,
semua dah xleh nk control gelak!
sebab aizad asyik wat lawak ja!




mira ( biro aktiviti)

Atifah (pengarah) & Aishah ( Biro medic)

Aizad, serius paling byk wat lawak!



Paling best, bila pelatih smua dah tido, kami buat projek! 
Main 'buaya biawak' kat dapur! nak bgi ilang ngantok, sementara nak tunggu buat post mortem!
Dah hbis post mortem, mulalah projek masak maggi! 
Tapi tak habis, sebab mood penat plus terpaksa buat bom utk war game esok pagi.
Aku tido, tepi dapur tu berlapikkan ponco, berselimutkan blanket tebal, berbantalkan khemah y tak buka lagi.
Walaupun diorang buat bising tepi telinga aku ja, tidoq ttp tidoq!
Aku sorang ja y tido pagi tu, elok ja diorng nak pegi mandi, pelatih semua dah bangun!
kesian dorang!
aku pulak, klu si Hani tu tak kupas bawang tepi aku, mmg aku tak bgun ah!




Dalam byk2 aktiviti komander ni, pegi camping la paling best! ada masa garang dgn pelatih, ada masa menggila dengan geng2 komander! Lepas ni, aku dgn Mira mesti join camping lagi!
Sebab kami je senior nursing yang ada!!!! 




KUATNYA IMAN MEREKA

Assalamualaikum

Aku jarang nak update sangat paper or berita kat tv tuh.
Tapi bila buka FB, nmpak byk pulak gmbar pasal mangsa Palestin di Gaza.

Orang yang takde perasaan saja boleh bunuh2 kanak yang comel tu.
Tak paham aku, apelah budak2 kecik tu boleh buat dekat tentera Israel tuh.



Dan semestinya, mereka ni umat yang ALLAH paling sayang.
Sebab tu ALLAH uji mereka sehebat ni.


Walau kita tak mampu nak pergi ke sana berlawan dengan Israel,
doa dari kita sudah cukup kuat untuk membantu saudara Islam di sana.


Kita sebenarnya juga sedang diuji.
Diuji dengan nikmat keamanan dan kesenangan.

Jangan lupa, bila kita di sini boleh bergelak tawa
saudara kita di sana menangis kehilangan keluarga.
Jangan lupa, bila kita disini boleh duduk dalam rumah y selesa
saudara kita di sana, mencari perlindungan dari peluru Israel !!









Saturday 17 November 2012

"MENGENANG JASA"

Assalamualaikum

Masa nak pegi Penang, keta aku kena tahan dekat roadblock! Ingatkan lepas la sebab, aku bukan drive laju pun! sekali pakcik traffic tu sruh g tepi! Dah cuak dah! Pakcik traffic tu cakap plat keta ni tak menepati piawaian, plus ada part yang patah! ala small matter je tu. Pastu, dia cakap dia nak saman! Kena bayar 3 ratus laaa!

Aku : Hah ?? takkan kena saman jugak kot ?
Pakcik traffic : Ni keta sapa ?
Aku : Ayah.
Pakcik traffic : Mintak IC dengan lesen. Nak lesen y renew pny.
Alamak, aku tertinggal dlm beg lagi satu laaaa... Buat la cari, harap2 ada! sambil tu, pakcik tu dok tny pasal ayah aku. Ayah aku keja balai mana laa, pangkat apa laaa..
Aku : Alamak, lesen y tu tertinggal laa... 
Pakcik traffic : Susah macam ni. Klu ikut saya kena saman jugak sebab tak dpat pamerkan IC & lesen. *diam sekejap smbil belek2 IC aku.* Okay laaa, sebab saya kenang jasa ayah awak, saya tak saman!
Aku : TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK CIK !!

Nasib baik, alamat rumah aku dalam ic still IPUPEJABAT POLIS DAERAH KERIAN. klu tak melayang 3 rat!! I love u laaahh pakcik polis! So, moral of the story, lepas ni kawen dgn polis! ehhheeee


P NENG

Assalamualaikum

Location : Penang
Date: Midterm break
Persons : Fatin, Fie & me

Fie ngn Fatin ni member komander aku kat Puncak Alam ni. Tiga2 orang Kedah! Cuti midsem aritu, si Fatin ni lah beria sgt ajak p Penang. 

Macam-macam dugaan sebelum nak sampai. Aku hampir nak kena saman ! Pastu dengan xtaw jalan lagi. Pakai redah jer! Nasib baik Fie familiar jgk dengan jalan kt Penang tu. Jalan kat situ dah la buzy mcm KL. Nak elakkan jam atas jambatan, kami naik feri ja.


atas feri pun nak snap jugak!!
lama dah aku tak sampai Penang!
walaupun dekat.



First destination pergi Bukit Bendera!
Alhamdulillah, berjaya sampai tanpa sesat.
Cuak jugak nak datang sini, sebab susah nak jumpa signboard.
redah punya redah, smpai jugak!


Turun ja dari Bukit Bendera,
hujan!
drive je la tros pegi Batu Ferringhi.
Pun xtaw jalan jugak!
pakai hentam je weh!
sesat, u-turn balik!
harap2 jela bila sampai kat pantai nnt hujan dah berhenti.
jauh jugak Bukit Bendera pegi Batu Ferringhi.

Masa tu dah pukul 4 lebih!
kami tak makan apa pun dari pagi.
kecuali maruku yang bawak dari rumah Fatin.
Marukku tu sedap sgt!
lagi2 bila time lapaq!
egt nak makan kat tepi pantai,
tapi bila sampai,
takdak kedai buka pun!
terpaksa la tahan lapar!

Alhamdulillah, bila smpai kat tepi pantai tu,
hujan dah brenti!
best tgk ombak y berbuih-buih tu.
terus hilang lapaq!

Then elok2 ja nak balik, hujan trun balik!
teros pegi TESCO, nak cari foodcourt!
Untung sgt2, dlm TESCO tu ada kedai nasi kandar!
melahap nasi kandaq la kami petang tu!
mmg heaven dpt makan nasi kandaq bila tgh2 lapaq plus hujan!

dah solat maghrib, tros balik!
konfius pulak, nk balik ekot feri or jambatan!
mmg kelam kabut jgk la time tu!
dah la malamm hujan, mmg tak leh nk detect jln balik!
mmg mencabar betol!
penat gila drive time tu!
last2 jmpa jln nk blik ikut feri.
atas, feri, aku exchange dgn Fie.
dia pulak drive!
serius kaki dah lenguh nak tekan minyak!
pukul 10 aku smpai rumah mlm tuh!
mmg berjalan sakan,
plan nk blik petang!
amik kaauuuu! 12 jam keluaq!



Friday 16 November 2012

KAMI SIBUK !!!

Assalamualaikum


Bukak je cuti midsem, semua orang dah kelam kabut nak siapkan assignment!

ROLE PLAY !!

TEST MANDARIN !!

VIDEO MACRO TEACHING !!

penatnya meman tak terkata!
setiap hari balik bilik dah nak maghrib.

Aigoooo!
rasa tak sabar nak praktikal pulak!

KlinikKesihatan Koperasi POLIS Batu Caves, here i come!!! :)

Tuesday 6 November 2012

ORANG BAIK

Assalamualaikum



We may always be there when our friends need help.
Thus they regard us a good friend.
Question ourselves : are we also there when a family member, especially our parents need help ?
We cannot be a good person until we treat our family in good manner.

-tumblr

Sunday 4 November 2012

2.11.12

Assalamualaikum


2.11.08
Wad 5C
Hospital Taiping

3 AM
Nurse datang gerak aku dengan mak.
Terus bangun duduk dekat tepi katil Mirul.
tengok dekat monitor, semua dah low compare tengah malam tadi.
Time tu badan dah ketar-ketar
Sebab bilik tu sejuk plus bangun mengejut kot.
Mak usap-usap kepala dia..
Dada dia pun dah tak berombak macam biasa.
Naik turun perlahan je.
Mata dia terbuka sikit.
Ada buih-buih darah keluar dari mulut & hidung dia.
Maybe darah dari paru-paru dia.

3.15 am
Semua nombor dekat monitor tu dah nak dekat-dekat 0.
denyutan jantung pun makin shallow.
doktor datang, but only watching.
there's nothing we can do.
Dalam hati, ni lah saat-saat yang ditunggu.
to end his suffering.

3.45 am
denyutan jantung ada lagi sikit-sikit.
makin lama, jadi garisan lurus....
Nurse cabut semua tiub.
Dia nampak comel sangat lepas cabut tiub-tiub tu.

3.50 am
Nurse lap-lap badan mirul
aku nak tolong, tapi, asyik menitik ja air mata ni.
nurse tu suruh duduk luar.
Lepas tu, nurse mintak baju mirul.
Aku bagi baju dia yang paling baru.
warna putih, seluar merah.
Nampak macam mirul tengah tidoq ja lepas bagi mandi.
dia memang selesa tidoq lepas mandi.
Siap sapu-sapu bedak lagi.
Mirul, u look so healthy! badan chubby macam tulah w'pun dduk spital.
Then, nurse balut dengan kain putih, mcm balut mayat. *mmg mayat pun*
Troli jenazah datang, terus bawak pegi bilik mayat.
Dari situ, transfer balik rumah.
Uruskan dekat surau kat rumah.

10.00 am
Bertolak balik Kedah.
kebumi dekat kampung mak.

12.30
Segalanya selesai.
Kami tinggalkan Mirul dekat tempat baru.
Tempat yang lagi tenang & selesa.