Monday 11 June 2012

Dia dah kawen :)

Assalamualaikum..

9 Jun 2012
Tarikh keramat for my dearest besties.
she's married!

picture taken from her FB

Tahniah Norhanis Abd Raffar !!
Siapa sangka hang kawen awal dari semua geng2 kita.
Btw, wish you happiness forever!!



Tuesday 5 June 2012

First day At HBUK

Assalamualaikum..

Sem 4 kami kena posting dekat Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk subjek mental. Memula dengar macam best tapi takut pun ada, plus kami kena urus sendiri penempatan kat Perak. Tapi mujurlah kat area HBUK ni memang dah banyak student sewa rumah. Alhamdulillah kami dapat sewa rumah kedai. Duduk kat tingkat atas. Kat bawah pulak kedai makan. Memang heaven!

Isnin, 21 Mei 2012 tercatatlah sejarah dalam hidup aku masuk HBUK. Excited sangat nak jumpa patient kat dalam tuh, nak tahu kehidupan orang sakit jiwa ni macam mana and behavior diorang nih. 

Persepsi pertama masuk HBUK ni, adalah tempat ni sangat cantik. Hospital dalam taman. Environment yang menenangkan hati. Staf HBUK tu bawak lah kami orientasi kat wad-wad yang ada dalam hospital tu. Dia just bawak kami pusing2 wad laki je.

First wad yang kami lalu, agak berbau. Bila lalu je rasa cam nak termuntah pun ada. Patient time tu semua duduk merayau kat taman kat luar wad. Ada yang pakai baju, ada yang x pakai. Diorang macam layan perasaan sendiri pun ada. Macam2 lah diorang buat, ada yang menjerit, menyanyi, yang paling scary ada sorang patient tu bila lalu tepi dia, pandang kitorang x kelip2 mata.

Bila dah masuk, dah kenal-kenal dengan patient, seronok pulak. Diorang ni sangat sempoi. Xdelah scary sangat. Macam orang normal. Cuma dari segi perangai tu memang lah pelik sikit. Tapi, enjoy tengok patient-patient ni. Dalam wad tu, diorang hidup macam family. Masing-masing saling support.

Selama 3 hari dekat Wad Kemasukan Lelaki (WKL), wad yang mula-mula patient admit. Maknanya, patient2 kat situ still fresh lagilah. Diorang ni active sangat. Semua aktiviti yang kami buat, semua diorang join. Happening gila.

Rutin kat WKL ni, lepas je diorang bangun tido, mandi, diorang akan buat exercise. Pastu nyanyi lagu Negaraku. Then tunggu sampai setiap sorang kena chech dengan doktor. Biasanya doktor akan assess diorang punya mental behavior.










 




Pesakit mental ni selalu sama ada Schizophrenia atau bipolar disorder. Banyak jugak la kes diorang ni. Suka boleh korek sejarah hidup diorang sebelum masuk wad ni...